Menampar

John Wayne 22 menampar Robert Stack dalam filem 1954, The High and the Mighty.

Perbuatan menampar merujuk kepada memukul seseorang dengan tapak tangan yang terbuka.[1][2]

Penggunaan dan maksud

Tujuan tamparan selalunya untuk mengaibkan, lebih daripada mencederakan. Istilah Inggeris "a slap in the face" ialah frasa kiasan biasa, dan digunakan sejak akhir 1800-an, yang bermaksud untuk menegur, menolak atau menghina. [3]

Perkataan "tamparan" sering digunakan untuk merendah-rendahkan persepsi keganasan sesuatu perbuatan, walaupun perbuatan itu amat teruk. Seseorang mungkin memukul muka yang lain dan mencederakan mereka dengan teruk, tetapi apabila menyebutnya sebagai suatu tamparan, ia mungkin kelihatan kurang teruk, kerana tamparan sering dikaitkan dengan keganasan kecil.[4][5]

Aspek budaya

Menampar dipandang berbeza oleh budaya yang berbeza. Di banyak negara, seperti Iceland, menampar kanak-kanak dilihat sebagai satu bentuk penderaan fizikal dan adalah menyalahi undang-undang, manakala di negara lain seperti England, ia hanya dilihat oleh sebahagian ibu bapa sebagai penderaan, dan itupun secara sederhana.[6] Kajian India pada 1998 mendapati kadar penerimaan tinggi bagi suami untuk menampar isteri mereka, terutamanya dalam kalangan suami dan kelas pertengahan India.[7]

Dalam sesetengah budaya, apabila kanak-kanak perempuan datang haid buat kali pertama, ibu mereka sering menampar muka sebagai suatu tradisi budaya yang dianggap oleh sesetengah pihak menandakan kesukaran hidup sebagai seorang wanita.[8][9][10]

Di India, "tamparan penghinaan" ialah suatu gerakan politik yang digunakan untuk menyatakan ketidaksetujuan idea tokoh awam atau ahli politik tertentu. [11]

Penamparan turut wujud dalam bidang sukan. Dalam kejohanan bina badan Rusia, pertandingan menampar sering diadakan di antara peserta di mana pihak lawan berdiri di hadapan antara satu sama lain dan bertukar pukulan sehingga salah seorang akur atau tersingkir.[12] Perbuatan menampar merupakan antara teknik-teknik pukulan ada dalam sesetengah sukan seperti tinju, sumo (teknik harite) dan karate.

Rujukan

  1. ^ Merriam-Webster's Collegiate Dictionary (ed. 11th). 2004. m/s. 1170.
  2. ^ "slap". OxfordDictionaries.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-02. Dicapai pada 2022-03-28. Hit or strike with the palm of the hand or a flat object
  3. ^ Ammer, Christine (1997). The American heritage dictionary of idioms (ed. 1st pbk.). Boston, Mass. [u.a.]: Houghton Mifflin. m/s. 589. ISBN 039572774X.
  4. ^ Cotterill, Janet. Language in the Legal Process. Basingstoke: Palgrave Macmillan, 2004. pp. 81-82, ISBN 0-333-96902-2
  5. ^ Renzetti, Claire and Raquel Bergen. Violence against Women. Lanham: Rowman & Littlefield, 2005. p. 45, ISBN 0-7425-3055-8
  6. ^ Malley-Morrison, Kathleen, penyunting (2004). International perspectives on family violence and abuse: a cognitive ecological approach. Mahwah, N.J.: Lawrence Erlbaum. m/s. 20, 36. ISBN 0805842454.
  7. ^ Umar, Mohd. (1998). Bride burning in India: a socio-legal study. New Delhi: A.P.H. Publ. Corp. m/s. 46. ISBN 8170249228.
  8. ^ Forman-Brunell, Miriam; Paris, Leslie, penyunting (2010). The Girls' History and Culture Reader; The Twentieth Century. Urbana: University of Illinois Press. m/s. 29. ISBN 978-0252077685.
  9. ^ Berliner, David; Sarró, Ramon, penyunting (2009). Learning religion: anthropological approaches. New York: Berghahn Books. m/s. 35. ISBN 978-1845455941.
  10. ^ Arnett, Jeffrey Jensen (2007). International encyclopedia of adolescence. New York: Routledge/Taylor & Francis. m/s. 492. ISBN 978-0415966672.
  11. ^ https://blogs.wsj.com/indiarealtime/2011/11/28/the-etiquette-of-the-insult-slap/
  12. ^ Lamoureux, Mack (2019-03-21). "Competitive Slapping Is the World's Greatest Sport". Vice.