Anigozanthos

Anigozanthos
Starr 980528-4130 Anigozanthos flavidus.jpg
Anigozanthos flavidus
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Commelinids
Order:
Commelinales
Keluarga:
Haemodoraceae
Genus:
Anigozanthos

Labill.
Spesies jenis
Anigozanthos rufus Labill.
Spesies

Kira-kira 11 spesies, dan beberapa subspesies diketahui.

Anigozanthos ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Haemodoraceae.[1][2] Genus ini terdiri daripada 11 spesies termasuk subspesies yang diakui FloraBase sebagai jarang ditemui atau terancam.[2] Spesies-spesies ini endemik di kawasan-kawasan tanah berpasir dan bersilika kering barat daya Australia, tetapi boleh tumbuh juga di pelbagai persekitaran dan jenis tanah.

Spesies-spesies dalam genus ini mempunyai bunga berbentuk torak, berbulu tebal dan membuka seperti kaki depan kanggaru[3] yang menarik perhatian burung hinggap atasnya.

Taksonomi

Genus ini dinamakan sempena Jacques Labillardière, seorang ahli botani Perancis dalam Relation du Voyage à la Recherche de la Pérouse pada tahun 1800;[4] beliau menamakan genus ini ketika mengumpul dan menggambarkan spesies jenis Anigozanthos rufus semasa pelayaran Antoine Bruni d'Entrecasteaux ke barat daya Australia pada tahun 1792.[5] Walau bagaimanapun, beliau tidak memberikan makna nama ini dalam gambaran spesies tersebut.[2]

Charles Austin Gardener, seorang ahli botani Australia, menjejakkan nama genus ini kepada kata-kata bahasa Yunani ἄνισος ánisos "tidak sama"[6] dan ἄνθος ánthos "bunga"[7] mengikut gambaran sari kuntum bunga spesies tersebut yang ‘berbentuk torak dibahagi pada hujungnya menjadi enam bahagian tidak sekata’; dengan huruf "g" diletakkan untuk menyedapkan bunyi.[2]

Botani

Spesies genus Anigozanthos jenis saka yang muncul dari rimpang pendek mendatar di bawah tanah, ada rimpang yang berisi dan ada rimpang yang rapuh. Sap dalam sistem akarnya membolehkan tumbuhan hidup selamat semasa cuaca kemarau melampau. Beberapa pokok spesies ini mati dari rimpangnya pada musim panas yang akan tumbuh semula pada musim luruh.

Daun-daun pokok dalam genus ini panjang, berwarna hijau kekelabuan dan melingkar. Ada beberapa spesies daun ini yang mempunyai daun berbulu. Batang tidak berdaun tumbuh dari pusat lingkaran ini mencapai ketinggian 2 meter dengan bulu-bulu berwarna bergantung kepada spesies.

Bunga

Bunga-bunga pokok genus ini muncul dari tandan di hujung batang, pokok yang dewasa boleh mempunyai sehingga sepuluh kuntum bunga di setiap tandan. Bunga-bunga ini penuh dengan bulu berwarna yang menyerupai baldu. Bulu-bulu ini menentukan warna bunga dari hampir hitam ke kuning, jingga dan merah.

Rujukan

  1. ^ "Anigozanthos Labill". Plants of the World Online. Royal Botanic Gardens, Kew. 2022. Dicapai pada 7 September 2022.
  2. ^ a b c d "Anigozanthos Labill". Florabase—the Western Australian Flora (dalam bahasa Inggeris). Western Australian Herbarium. 1998. Dicapai pada 7 September 2022.
  3. ^ "THE KANGAROO PAW". Bridgetown Advocate. IXX (1020). Western Australia. 12 Julai 1946. m/s. 3 (majalah berita MODERN WEEKLY). Dicapai pada 7 September 2022 – melalui National Library of Australia.
  4. ^ "Anigozanthos Labill". Australian Plant Name Index. Pusat Penyelidikan Biokepelbagaian Tumbuhan, Kerajaan Australia. Dicapai pada 7 September 2022.
  5. ^ Barker, Robyn (Jun 2003). "Labillardière, French naturalist extraordinaire" (PDF). Australian Systematic Botany Society Newsletter. Australian Systemic Botany Society. m/s. 19. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 9 Disember 2008.
  6. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "ἄνισος". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.
  7. ^ Liddell, Henry George; Scott, Robert (1940). "ἄνθος". A Greek-English Lexicon. Perseus Digital Library.